Ada apa dengan bantal?
Haa kalau korang nak tidur mesti perlukan bantal kan? Tapi tahukan korang, penggunaan bantal ketika tidur juga memainkan peranan dalam menentukan personaliti korang.
Tetapi rahsia disebalik bantal yang kita gunakan untuk tidur ada pelbagai tafsiran tentang sifat dan perwatakan seseorang.
1. Memeluk bantal
Mereka yang memeluk bantal sebenarnya berjiwa seni dan mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap karya lukisan muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan berjiwa romantik. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2. Menggunakan banyak bantal
Mereka ini adalah individu yang kurang keyakinan diri dan memerlukan banyak pendamping di sekeliling.
Golongan ini biasanya jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain terlebih dahulu sebelum memutuskan sesuatu.
3. Tidur dengan satu bantal
Korang yang tidur dengan satu bantal biasanya lebih easy going, bukan jenis yang mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Realistik dan membuat keputusan berdasarkan fikiran logik dan tidak bersandarkan nafsu semata-mata. Kata orang, lebih pandai berdikari dan tidak mengharapkan orang lain.
4. Meletakkan bantal di bawah kaki
Dah letak bantal kat kaki, apa pandangan korang? Mereka ni sebenarnya ditafsirkan mempunyai sifat kurang baik.
Seorang yang jarang bergaul dengan orang ramai. Boleh dikatakan seorang yang egois. Selain itu, mereka suka tempuh jalan yang pintas untuk capai cita-cita dan tidak suka berusaha lebih.
5. Tidur tanpa bantal
Memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akirnya membawa kepada sifat ego.
Jadi berdasarkan kelima-lima ini, anda tergolong dalam yang mana dan betulkah menggambarkan perwatakan anda?
Sumber: PanduanPercuma